Sumbangan Malaysia
dalam pertubuhan OIC:
- Tunku Abdul Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.
- Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
- Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
- Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
- Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
- Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
- Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
- Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara OIC kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
- Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.