Flag of OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam[1] atau OIC (Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Pada 28 Jun 2011, ia
menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.
Matlamat OIC
Matlamat utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi
menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan
rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan, untuk
menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan
hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia. Organisasi ini ditubuhkan
di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya
berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Objektif OIC
objektif pertubuhan OIC adalah seperti berikut:
- memupuk perpaduan dikalangan anggota negara
- menyelaraskan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang anggota, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang diaanggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa
- berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk
- mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan
- meningkatkan perjuangan umat islan bagi memelihara maruah kemerdekaan dan hak mereka
- mewujudkan susasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan negara lain
Keanggotaan
OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu:
- Afghanistan
- Albani
- Algeria
- Azerbaijan
- Bahrain
- Banglades
- Benin
- Bosnia
- Herzegovia
- Brunei
- Burkina Faso
- Cameroon
- Chad
- Comoros
- Djibouti
- Mesir Gabon
- Gambia
- Guinea
- Guinea Bissau
- Indonesia
- Iran
- Iraq
- Jordan
- Kuwait Kyrghstan
- Lebanon
- Libya
- MALAYSIA (pengerusi)
- Maldives
- Mali
- Mairitania
- Maghribi
- Mozambique
- Niger
- Nigeria
- Oman
- Pakistan
- Palestin
- Qatar
- Arab Saudi
- Senegal
- Sierra Leone
- Somalia
- Sudan
- Surinam
- Syria
- Tajikstan
- Tunisia
- Turkemnistan
- Turki
- Uganda
- Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan
- Yaman